Rasanya baru sj 3 minggu lepas aku berada di Pulau indah itu... rasanya aku baru saja meninggalkan pulau itu setelah hampir 2 minggu aku menjalankan rutin harian ku sebelum aku melangkah BERTUGAS di Seberang Lautan..... balik ke Labuan merupakan satu nikmat yg paling indah dalam hidupku... kerana aku boleh bermanja dengan keluarga, dengan adik-adik SRM, dengan kawan2 sekolahku dan yg paling penting dengan aktiviti2 rutinku dulu....
Kayak, camping, memancing, pool, jalan2 di tepi pantai, mandi laut.... semuanya merupakan sesuatu yg dapat menenangkan hidupku. Tapi pilihan harus di buat, antara kegembiraan dan masa depan, aku lebih selesa memilih MASA DEPAN. Kerana aku telah lama mengecapi hidup serba ketidakadaan.... aku ingin lari jauh daripada situasi itu, ingin lari dari belenggu itu....
Jumaat 3 hari lepas, aku di kejutkan dengan berita pemergian sahabat ku sejak kecil, Suraya Bigol telah kembali kerahmatullah dengan meninggalkan anak2 yg masih kecil.. hidupnya terhenti disini... blur seketika, namun bak kata org... yang pergi biarkan pergi, kita yg hidup perlu menyusulkan doa buatnya agar mendapat rahmat dan siampunkan segala dosa2nya... hidup kita yang masih hidup perlu di teruskan selagi nyawa masih tersisa.... Semoga ALLAH mengampunkan dosa2 beliau dan memberikan rahmat ke atas rohnya... AMIN...
Labuan..... kalau la ada peluang aku untuk balik semula ke sana suatu hari nanti, aku pasti datang berkhidmat untuk anak bangsa mu, tapi kini aku membuat keputusan untuk hidup merantau dan berdikari di negeri orang... biar ku timba pengalaman sampai puas, InsyaAllah, aku akan kembali jua... Biarku tunggu sehingga "agendaku" merantau ini selesai...
Oitt!ada blog suda ko, liauw. well...sememangnya keputusan yg perit pasti menjanjikan somethang kemudian nanti.
ReplyDelete